Lokasi

Batu Caves | Bangi | Senawang
Shah Alam | Rawang | Kota Damansara

Temujanji

Booking Disini

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 09:30 AM - 06:00 PM
Sabtu - Ahad : 9.00 AM - 5.30 PM

Frozen Shoulder Parah jika Tidak Rawat Dengan Fisioterapi

Share This Post

Apa itu Bahu Frozen?

Bahu Frozen ialah kondisi di mana tisu penghubung sendi bahu mengalami proses keradangan, penebalan dan ketegangan. Bahu Frozen akan mengakibatkan pengurangan di dalam pergerakan sendi bahu dan kesakitan.

Apa yang berlaku ketika Bahu Frozen?

Keradangan akan turut diikuti dengan dengan ketebalan dan ketegangan kapsul sendi bahu. Apabila ianya berlaku, pergerakan sendi akan menjadi berkurangan. Sendi bahu penghidap Bahu Frozen akan melalui 3 fasa bagi tempoh beberapa bulan seperti berikut:

1.      Fasa kesakitan: Di dalam fasa ini, bahu mengalami kesakitan di dalam kebanyakan pergerakan dan mula merasa ketat.

2.      Fasa pengekatan (freezing): Pengurangan pergerakan bahu disebabkan oleh penebalan pada permukaan kapsul sendi. Penghidap akan mengalami kesukaran 

semasa mengangkat tangan melepasi kepala dan
semasa digerakkan ke bahagian belakang pinggang.

3.      Fasa (thawing): Fasa terakhir ini, bahu akan merasa ringan dan bebas melakukan gerakan. Pergerakan sendi akan mula beransur pulih.

Apakah rawatan awal yang anda boleh lakukan ke atas Bahu Frozen?

P.R.I.C.E

1.   Protection: Elak bahu yang terlibat dari melakukan aktiviti yang membebankan.

2.   Rest: Berhenti daripada melakukan aktiviti yang tinggi bebanannya dan rehat secukupnya perlu diambil.

3.   Ice: Rawatan sejuk akan dapat mengurangkan inflamasi di dalam sendi pada peringkat awal dan membantu mengurangkan sakit. Anda dinasihati untuk meletak terapi sejuk selama 15 minit dan diulangi 3-4 kali sehari. Ianya akan membantu melancarkan pergerakan sendi serta bantu menguatkan otot. Ada individu yang rasa selesa dengan rawatan haba.

4.   Compression: Sekiranya bengkak masih ada, balut elastic bandage bagi meningkatkan sistem pengaliran darah.

Artikel lain