fbpx
Lokasi

Batu Caves & Bangi & Senawang

Temujanji

Booking Disini

Waktu Operasi

Setiap hari : 09:00 AM - 06:00 PM

iswanah fisioterapi

7 Simptom Saraf Sciatica Rawat Segera Di Fisioterapi

Share This Post

Rasa Sengal Tak Hilang, Menggangu Aktiviti Harian Anda? Kemungkinan Saraf Sciatica Anda Bermasalah.

Sciatica merupakan kesakitan yang berlaku kepada bahagian anggota bawah tubuh badan dari pinggul sehingga ke kaki. Kesakitan ini berpunca daripada radang kepada saraf dalam badan kita yang bernama saraf sciatic. Sciatica merupakan saraf terbesar yang bermula dari cabang saraf tulang belakang, L4 sehingga S2, menuju ke otot punggung, peha sehingga ke hujung kaki.

Bagaimana Sakit Pada Saraf Sciatica Terjadi?

Punca utama berlakunya sciatica adalah apabila terdapat “hernia” atau benjolan pada rawan tulang / cakera intervertebral (“intervertebral disc”). Masalah ini dipanggil sebagai ‘Slipped Disc’. Hal ini akan menyebabkan “intervertebral disc” tersebut berubah bentuk dan membengkak, lalu menyebabkan saraf dihimpit. Selain itu, “spondylolisthesis” atau keadaan di mana tulang belakang tergelincir di bahagian pangkalan boleh menyebabkan simptom-simptom keradangan pada saraf sciatica.

Antara faktor lain yang boleh menjurus kepada inflamasi pada saraf sciatic seperti kekejangan otot lumbar atau pelvis, yang juga perlu di pertimbangkan agar tidak menyebabkan pendarahan dalaman, jangkitan pada tulang atau ketumbuhan yang mungkin bersifat kanser.

Siapa Yang Lebih Berisiko Untuk Menghidap Sakit Saraf Sciatica?

1. Usia yang semakin meningkat

Faktor usia yang semakin meningkat menyebabkan tulang belakang yang akan melalui proses degeneratif termasuk benjolan pada cakera, herniasi dan perkembangan artritis yang akan meningkatkan risiko untuk mengalami sakit sciatica.

2. Berat Badan Berlebihan (Obesiti)

Berlebihan berat badan akan menyebabkan tekanan yang lebih pada tulang belakang, seterusnya
mempercepatkan degenerasi tulang belakang dan menjadi penyebab terjadinya sakit sciatica.

3. Gaya Hidup

Kesakitan pada saraf boleh berlaku jika seseorang itu berada dalam posisi duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama.

4. Kelemahan Otot

Kelemahan otot boleh menyebabkan terjadinya perkembangan sciatica kerana tulang belakang memerlukan sokongan yang betul oleh otot sekeliling. Jika otot lemah, lebih berisiko untuk alami sciatica.

5. Kencing Manis (Diabetes)

Diabetes lebih cenderung untuk alami sciatica kerana ia meningkatkan risiko kerosakan saraf termasuklah saraf sciatic.

6. Ketumbuhan (Tumor)

Terdapat ketumbuhan yang menyebabkan saraf tersepit.

7. Gangguan Sindrom Piriformis

Gangguan yang jarang berlaku di mana otot di bahagian belakang menekan saraf sciatic.

Tanda-Tanda Sakit Sciatica

# Sakit bersifat pijar/panas (“burning sensation”).

# Kebas atau kesemutan pada bahagian kaki.

# Sakit hanya pada sebelah kaki.

# Hilang kekuatan untuk berjalan.

# Kesakitan melampau sehingga tidak boleh berjalan.

# Boleh bertambah sakit sekiranya bersin, batuk atau duduk terlalu lama, bergantung kepada keadaan pesakit.

Sakit Saraf Sciatica Boleh Di Rawat? Bagaimana?

Kebiasaannya pesakit akan dibekalkan dengan ubat-ubatan untuk kelegaan kesakitan yang di alami. Akan tetapi, terdapat juga cara atau rawatan lain yang boleh bantu bagi mengurangkan sakit tersebut, mahupun merawat saraf itu sendiri.

Terdapat juga beberapa jenis rawatan alternatif yang boleh bagi mengatasi masalah saraf Sciatic ini. Antaranya ialah :

1 - Rawatan Akupunktur

Rawatan akupunktur adalah teknik perubatan tradisional cina yang menggunakan jarum halus yang di cucuk pada beberapa titik meridian yang terlibat bagi merawat saraf sciatic untuk mengurangkan kesakitan atau keradangan.

2 - Regangan / Senaman Ringan

Terdapat beberapa teknik regangan yang boleh dilakukan bagi melegakan kesakitan sementara pada bahagian yang terlibat yang berpunca dari saraf sciatic. Anda juga boleh daptakan rawatan rehablitasi di Iswanah Fisioterapi Batu Caves.

3 - Kiropraktik

Pakar Kiropraktor boleh menggunakan manipulasi tulang belakang untuk membolehkan cakera hernia atau ‘slipped disc’ berehat kembali ke kedudukan dan mengurangkan tekanan pada saraf sciatica. 

4 - Fisioterapi

Iswanah Fisioterapi Batu Caves mempunyai ahli fisioterapi yang berpengalaman. Ahli fisioterapi akan melakukan penilaian bagi mengetahui pelan rawatan yang sesuai dengan seseorang individu bagi menangani faktor utama yang menyebabkan kesakitan pada saraf sciatica kepada individu tersebut. Hal ini kerana, setiap kes sciatica adalah berbeza bagi setiap yang mengalaminya.

5 - Terapi Shockwave

Terapi yang tidak invasif untuk memasukkan gelombang tekanan ke dalam tubuh bagi merawat gangguan pada saraf sekaligus mengurangkan sakit dan inflamasi pada otot dan saraf sciatica. Rawatan peranti shockwave ini boleh di dapati di Iswanah Fisioterapi Batu Caves.

Kesimpulan - Masalah Saraf Sciatica

Masalah saraf sciatica boleh di alami oleh sesiapa sahaja jika seseorang itu menjalani kehidupan yang kurang sihat. Akan tetapi, masih boleh di rawat dengan beberapa cara bergantung kepada tahap kesakitan pada saraf sciatic yang seseorang itu alami. Dapatkan rawatan fisioterapi segera di Iswanah Fisioterapi Batu Caves.

Artikel lain