Pergerakan Terbatas, Alami Sakit Menyucuk Rupanya Simptom Slip Disc

Slip Disc atau hernia nukleus pulposus adalah satu masalah kesihatan yang sering dialami oleh ramai, memberikan kesan yang ketara terhadap kehidupan harian. Artikel ini akan memberikan pencerahan mengenai hernia nukleus dan penekanan kepada peranan penting rawatan fisioterapi di Iswanah Fisioterapi Batu Caves dalam mengatasi masalah ini.
Kenali Slip Disc
Slip Disc adalah kondisi di mana pergeseran atau tergelincirnya bahan dalam cakera fibrosa menyebabkan tekanan pada saraf di sekitarnya. Akibatnya, keadaan ini boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan menyebabkan pergerakan individu menjadi terbatas.
Klasifikasi Sakit
Sakit pada belakang badan boleh diklasifikasi kepada beberapa peringkat :
1. Sakit belakang akut – Sakit yang di alami dalam tempoh 1 hari hingga 3 bulan.
*Sakit akut pada amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung untuk lama, atau, apabila angkat sesuatu barang dari lantai (lebih lagi jika barang itu berat).
2. Sakit belakang kronik – Sakit yang di alami melebihi 3 bulan.
3. Sakit belakang berulang (recurrent) – Sakit yang berulang dalam tempoh kurang dari 3 bulan.
Penyebab Terjadinya Slip Disc
1. Bebanan Berat

Bebanan berat pada tulang belakang boleh menyebabkan kecederaan pada cakera fibrosa, yang kemudian boleh menyebabkan hernia nukleus.
2. Kecederaan
Cedera seperti jatuh atau kemalangan boleh merosakkan cakera fibrosa, memudahkan tergelincirnya bahan gel di dalamnya.
3. Gaya Hidup Tidak Sihat
Gaya hidup yang tidak sihat, termasuk kurang aktiviti fizikal atau berdiri atau duduk dengan postur yang salah, boleh menyumbang kepada ketidakseimbangan otot dan tekanan berlebihan pada tulang belakang.
4. Faktor Genetik

Kebarangkalian mengalami Hernia nukleus juga boleh dipengaruhi oleh faktor genetik atau keturunan.
5. Faktor Umur (Proses Penuaan)
Proses penuaan boleh menyebabkan penurunan keanjalan cakera fibrosa dan meningkatkan risiko untuk mengalami Slip Disc.
6. Merokok

Perokok mungkin berisiko lebih tinggi, kerana bahan kimia dalam rokok boleh merosakkan struktur tulang belakang.
7. Pola Gerakan Yang Salah
Gerakan yang salah atau bebanan yang tidak seimbang semasa melakukan aktiviti fizikal boleh menyebabkan kecederaan pada cakera fibrosa.
Gejala Slip Disc
- Sakit belakang
- Sindrom sciatica (rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah)
- Cauda Equina Syndrome ( kegagalan mengawal air besar atau air kencing)
Peranan Ahli Fisioterapi dalam Merawat Slip Disc
Fisioterapi adalah pendekatan holistik yang berfokus pada pemulihan fizikal melalui latihan dan terapi yang direka khas. Iswanah Fisioterapi Batu Caves menawarkan penyelesaian bersepadu untuk pesakit saraf tersepit ini. Antara peranan ahli fisioterapi bagi membantu pesakit yang mengalami masalah ini adalah seperti berikut:
1. Mengurangkan Sakit
Melalui pelbagai teknik terapeutik, ahli fisioterapi atau terapis akupunktur akan berusaha bagi mengurangkan ketidakselesaan dan meningkatkan keselesaan pesakit sepanjang proses penyembuhan bersama Iswanah.
2. Menguatkan Otot Belakang dan Abdominal
Fisioterapi akan bantu untuk memperkuat otot supaya dapat menyokong tulang belakang dengan lebih efektif, membantu mencegah tergelincirnya bahan dalam cakera fibrosa.
3. Menjaga dan Meningkatkan Julat Pergerakkan Badan
Ahli Fisioterapi Batu Caves akan membantu mengurangkan kekakuan dan meningkatkan kebolehan pesakit untuk melakukan pelbagai gerakan tanpa kesulitan.
4. Membantu Pesakit dalam Aktiviti Seharian

Rawatan fisioterapi bertujuan untuk kembalikan keupayaan pesakit dalam aktiviti seharian tanpa rasa sakit atau ketidakselesaan yang berlebihan. Ini boleh termasuk melakukan pergerakan asas seperti duduk, berdiri, dan berjalan dengan keselesaan. Senaman ringkas akan diajar sepanjang menjalani rawatan di Iswanah Fisioterapi Batu Caves, mengikut keadaan seseorang serta kemajuan seseorang dalam proses penyembuhan.
Konklusi
Slip Disc boleh memberikan impak yang besar terhadap kualiti hidup seseorang. Dengan teknik rawatan fisioterapi yang terbaik di Iswanah Fisioterapi Batu Caves, pesakit boleh menjangkakan pemulihan yang lebih cepat dan efektif. Rawatan fisioterapi tidak hanya membantu mengurangkan gejala penyakit ini tetapi juga menyokong pemulihan pesakit dan meningkatkan kualiti hidup mereka dengan mengembalikan fungsi normal dan kesihatan tulang belakang.